Subscribe RSS

Archive for January, 2010

Tempat Tempat Menarik di Melaka Jan 10

PERIGI HANG TUAH

Perigi Hang Tuah terletak di kampung Duyung, Melaka. Perigi  ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 – 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

MENARA TAMING SARI, BANDA HILIR MELAKA

Menara ini terletak di bandar hilir, melaka. Pemandangan yang sangat cantik apabila berada di puncak menara taming sari ini .

KOTA A FAMOSA, BANDA HILIR

Kota A Famosa bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis, telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

BANGUNAN MERAH , BANDAR HILIR

TAMAN BUAYA, AYER KEROH

KERETA LEMBU DI AYER KEROH

HUTAN REKREASI AYER KEROH

MASJID TERAPUNG , PULAU MELAKA, BANDAR HILIR

KINCIR AIR YANG BESAR DI BANDAR HILIR