Subscribe RSS

TIARA BEACH RESORT

Kalau 2,3 malam, boleh dapat diskaun?
Setakat nie, harga yang kami tawarkan ini adalah murah berbanding dengan TBR sediakan. Oleh itu tiada diskaun diberikan.tapi anda boleh mencuba nasib..tak salah kan ;)

Apa kemudahan yg disediakan dalam bilik itu?
Standard, 1 peti sejuk kecil, 1 water heater, 2 helai towel, sabun, 4 biji bantal. Bagi apartment 2 bilik pula towel adalah 4helai

Ada extra bed?extra pillow?
nope..tiada…semuanya seperti diatas…kami cuba mengekalkan harga pada minimum dgn tidak menyediakan barang2 tambahan.

Kolam tuh masuk kene bayar tak?
2010 kolam adalah percuma, mulai 2011, perlu pakai gelang utk mandi. gelang pula perlu dibeli.
dewasa – rm30
kanak-kanak -rm15
kanak-kanak bawah 3kaki – rm5
insyaallah kami boleh bg harga murah sedikit utk dewasa.bergantung pada stok gelang.

Kalau datang untuk mandi2 tanpa menginap boleh tak?
TIDAK BOLEH.Peraturan telah ditetapkan oleh pengurusan TBR.

Boleh buat BBQ?boleh masak?
Tak boleh masak dan buat bbq sendiri.

Ada nyanyi2, persembahan?
Kene refer jadual di TBR

Berapa org boleh masuk masuk bilik dalam sesuatu masa?
Kami cadangkan 2 hingga 4 org sahaja. Kerana bilik adalah studio type.kalau apt 2blk 6org. Hanya 1 kereta dibenarkan masuk untuk studio dan 2 kereta untuk apartment 2bilik. Kami BERHAK untuk menolak sekiranya penyewa terlalu ramai berbanding dengan unit yang disewa. Kami juga TIDAK BERTANGGUNGJAWAB sekiranya mereka yang parking diluar kawasan TBR tidak dibenarkan masuk oleh unit keselamatan.

Mcm mana nak tau bila nak checkin, jumpa siapa?
Bakal2 penyewa akan dapat sms dari saya, memberitahu details cara untuk,bila,dgn sapa berurusan untuk checkin. Penting bagi saya untuk tau no HP bakal penyewa. Unit2 kami TIDAK ADA KAITAN dengan TBR, so jangan pula pergi ke frontdesk TBR untuk minta kunci, mmg takkan ada

Breakfast disediakan?
Tidak, kerana ini adalah unit peribadi, bukan dibawah pengurusan langsung TBR.

Makan di dalam TBR atau diluar?
Bergantung pada anda, jika malas untuk keluar, boleh sahaja makan di dalam compound TBR.kalau inginkan kelainan, boleh mencuba pelbagai jenis makanan di luar.

Macam mana hendak pulang kunci dan checkout?
Boleh call contact person kami.

Boleh checkin awal tak?
Standard checkin adalah pukul 3 petang. Sekiranya bilik disiapkan awal,bolehlah checkin awal (sedikit).untuk cuti sekolah atau cuti2 umum, mmg kami strict mengenai masa checkin dan checkout untuk mengelakkan berlaku lambat kemas dan sebagainya

Macam mana nak bayar balance?
Balance boleh dibayar semasa ambil kunci pada org yg pass kunci.

Saya tak percaya awak? Mcm mana saya nak tau awak nie penipu ke, apa ke?ntah2 takde bilik.
Kami PMC tidak memaksa anda semua untuk percaya pada kami.terpulang pada anda. Tapi bagi yang tau siapa kami, pernah menginap di TBR unit kami, atau pernah join aktiviti PMC…korang pon tau siapa kami.

Kami boleh mengurangkan harga unit2 ini kerana kami melakukan kerja kerja ini secara part time…tiada receptionist untuk menjawap telefon secara tetap, tiada tukang kemas yg dibayar secara bulanan,hanya kami yg bekerja secara part time dan juga tukang cuci yg mendapat upah utk setiap kali tempahan. Harap Customer faham keadaan begini.

Harapan kami.

Kami cuba berkongsi kegembiraan menginap di TBR dengan mengenakan sewa pada kadar yang lebih murah dan mampu bayar kepada semua orang. Kami boleh berbuat demikian kerana unit ini adalah unit peribadi, dan kami cuba mengurangkan kos seminimum mungkin.

Kami juga berharap agar penyewa2 unit kami dapat menjaga menjaga/menggunakan segala peralatan di dalam unit kami dengan baik. Kami juga berharap supaya penyewa penyewa tidak mengambil barang kami, secara sengaja maupon tidak sengaja. Minta kerjasama penyewa agar memeriksa terlebih dahulu sebelum checkout, sama seperti anda buat semasa hendak check out hotel.